TERLETAK di Naples, Itali, pulau Gaiola merupakan sebuah pulau kecil yang jaraknya hanya 30 meter dari pantai. Pulau ini menjadi salah satu tarikan utama pengunjung ke kawasan ini.
Pulau ini terpisah menjadi dua pulau kecil yang indah. Salah sebuah pulau kecil itu mempunyai vila persendirian manakala pulau kecil yang satu lagi pula hanya kosong tidak pernah berpenghuni.
Kedua pecahan pulau tersebut dihubungkan dengan jambatan kecil yang hanya beberapa meter panjangnya. Jambatan kecil itu menampakkan ia seperti batu semulajadi yang terbentuk dengan sendirinya.

Di sebalik keunikan pulau ini, ia juga mempunyai kisah tersendiri. Salah satunya legenda tentang sumpahan yang dikatakan penduduk setempat masih menghantui kawasan kepulauan Gaiola sehingga sekarang.
Sejarah mengatakan pulau Gaiola pertama kali didiami oleh seorang pertapa yang juga didakwa adalah seorang ahli sihir pada kurun ke 19. Penduduk tempatan percaya pulau itu telah disumpah apabila pemilik baru selepas pertapa itu sering ditimpa nasib malang.
Dikatakan siri sumpahan ini bermula pada sekitar tahun 1920-an apabila pemilik pulau Gaiola ketika itu, seorang lelaki Swiss bernama Hans Braun, telah ditemui mati dibunuh. Mayatnya ditemui dengan dibalut menggunakan permaidani. Tidak lama selepas kejadian tersebut, isterinya pula ditemui mati lemas di dalam laut berhampiran. Punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
Pemilik vila yang seterusnya ialah seorang lelaki German juga meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu berada di dalam vila tersebut. Nasib yang serupa melanda pemilik selepasnya. Maurice-Yves Sandoz ,seorang pengusaha bidang farmasi akhirnya membunuh diri di sebuah hospital mental di Switzerland.
Masih belum puas ‘memburu’ pemilik villa, mangsa seterusnya ialah seorang pengusaha kilang besi, Barol Karl Paul Langheim yang dihantui oleh masalah ekonomi selepas memiliki vlla di pulau Gaiola ini. Dia akhirnya jatuh miskin dan vila itu pula beralih tangan kepada Gianny Agnelli yang menerima nasib malang apabila ahli keluarga rapatnya meninggal dunia seorang demi seorang.

Pulau ini bertukar pula pemilik kepada seorang jutawan bernama Paul Getty yang mengalami kejadian malang selepas memiliki pulau tersebut apabila cucunya diculik.
Pemilik terakhir pulau dalam rekod ialah Gianpasquale Grappone yang turut tidak terlepas daripada tempias sumpahan apabila dia telah dipenjara kerana syarikat insurans yang dimilikinya jatuh muflis.
Selepas itu, tiada sesiapa yang berminat untuk memiliki vila di pulau ‘terkutuk’ ini walaupun keadaan geografinya cantik dan menarik. Pulau Gaiola dan vila didalamnya akhirnya terbiar sepi tanpa penghuni.
Pada tahun 2009 sekali lagi pulau Gaiola menjadi bualan orang ramai apabila Franco Ambrosio dan isterinya Giovanna Sacco, pemilik sebuah vila berhadapan dengan pulau berhantu itu mati dibunuh dengan misteri.
Walaupun terkenal dengan pelbagai jolokan cerita sebagai kawasan yang disumpah, pulau ini masih menerima ramai pelancong dari dalam dan luar negara.



______
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

