Demi karier seni, Aliff Kimiey sanggup berulang alik dari Kedah ke Kuala Lumpur

Dari Penulis

PENDATANG baharu, Aliff Kimiey yang memulakan hobi menyanyi sedari umur 12 tahun dan mencuba nasib mengekspresikan minatnya itu melalui laman sosial Tiktok serta Instagram tidak menyangka sama sekali akan dilamar oleh FMC Music.

Mula memuat naik video nyanyian menerusi lagu-lagu yang pernah popular merupakan satu Langkah yang bukan sia-sia buat Aliff yang juga seorang pempengaruh media sosial.

Ternyata ia membuka langkah pelajar tahun kedua di Politeknik Sultan Abdul Hali Mu’adzam Shah Jitra, Kedah dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik ini untuk bergelar penyanyi apabila mula dilamar oleh FMC Music sekitar Mac tahun lalu dan mula merakamkan single pertama pada pertengahan tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka secepat ini saya sudah ada single pertama. Dan saya sangat terharu dan seakan mimpi apabila dengar suara dan single saya, Mungkir ke udara di siaran radio popular tanah air sejak 5 Januari yang lalu.

“Tidak dinafikan saya memang rasa nak menangis dan sangat gementar kerana saya tidak sangka saya sudah menjejakkan kaki ke dalam industri hiburan sebenar,” katanya membuka bicara.

Mula menceburkan diri sebagai influencer pada penghujung 2019, Aliff tidak menyangka video yang di muat naik di akaun TikTok miliknya, ‘hantuk kepala di pintu’ dan ‘manual sound’ mencecah sebanyak 21.8 juta tontonan.

Walaupun pernah menjadi perhatian di media sosial, tetapi bagi anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini memberitahu, ia tetap merasakan perbezaan yang ketara apabila bergelar penyanyi.

“Cuma kini saya harus lebih bijak dan terpaksa berpenat sedikit dan berkorban menghabiskan masa cuti semester atau hujung minggu berulang alik dari Jitra ke Kuala Lumpur bagi memenuhi tuntutan kerja sebagai penyanyi.

“Jujur saya akui banyak perkara yang harus saya pelajari terutama dari segi teknik nyanyian disamping saya perlu memupuk keyakinan diri dan hilangkan rasa gemuruh dan malu apabila berada di pentas.

“Semoga peminat lagu-lagu balada dapat menerima Mungkir dan tinggi harapan saya agar lagu ini menjadi lagu hits pilihan di mana sahaja termasuk menjadi pilihan kaki penggemar karaoke,” akhirinya.

Mungkir merupakan hasil ciptaan dan lirik oleh Gouffran serta Ibnu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This