Fasa Peralihan Monsun mula Khamis hingga Mei depan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

NEGARA bakal mengalami Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Khamis ini dan berterusan sehingga pertengahan bulan Mei depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan, permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2022/2023 yang telah bermula sejak 7 November lalu.

Menurut beliau, Fasa Peralihan Monsun ini akan menyaksikan negara menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Muhammad Helmi berkata, ia akan menyebabkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di Pantai Barat dan pedalaman Semenanjung; barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Baca artikel berkaitan: Johor dijangka terima hujan luar biasa sehingga akhir Mac akibat peralihan monsun

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Helmi menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada ketika tempoh Fasa Peralihan Monsun ini.

Pada masa sama, beliau juga menasihati orang ramai supaya peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

“Ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan melalui lawan web rasmi, aplikasi mudah alih myCuaca dan media sosial rasmi.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This