Bendera Perikatan Nasional. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERIKATAN Nasional (PN) membuat ketetapan mengekalkan penggunaan lambang gabungan itu di empat negeri iaitu Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pada masa sama, gabungan itu juga akan menggunakan logo Pas di Kelantan dan Terengganu sama seperti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, keputusan itu dicapai Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat semalam.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut telah dipengerusikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.

“Majlis Tertinggi turut mengarahkan jentera pilihan raya di enam negeri tersebut agar memperkukuhkan persiapan dan kesiapsiagaan di tahap tertinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Permohonan Pejuang sertai PN ditolak

Sementara itu, Hamzah memaklumkan, Majlis Tertinggi PN juga mengumumkan pelantikan tiga individu membabitkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.

Kata beliau, Muhammad Sanusi telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN manakala Ronald menjadi Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Sabah.

“Mohd Radzi pula dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Wilayah Persekutuan.

“Turut diputuskan ialah pelantikan Mohamad Siddiq Mohd Azani dan Muhd Khidir Izaidin sebagai Penolong Setiausaha Eksekutif PN,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram