SEDANIA As Salam diiktiraf untuk kecemerlangan inovasi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEDANIA As Salam Capital Sdn Bhd (SEDANIA As Salam) diiktiraf sebagai Best Islamic Fintech Solutions Provider in Malaysia oleh penerbitan perniagaan global World Business Outlook dalam edisi anugerah untuk 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDANIA As Salam, Nisa Ismail berkata, anugerah itu sekaligus mengiktiraf keupayaan SEDANIA As Salam dalam membolehkan transformasi digital yang lancar untuk industri perkhidmatan kewangan.

Katanya, transformasi digital itu secara tidak langsung akan mempercepatkan penggunaan perbankan digital di Malaysia dan mungkin negara-negara lain.

“Kami berada dalam kedudukan yang strategik untuk memacu transformasi digital industri perkhidmatan kewangan dengan pelbagai penyelesaian inovatif.

“Ia termasuk platform dagangan komoditi digital As-Sidqi yang dipatenkan serta Program Pembiayaan GoHalal yang menyediakan akses kepada pembiayaan yang mudah dan selamat untuk rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Sedania selesai peroleh 20% kepentingan Wasiyyah Shoppe

Mengulas lanjut, Nisa berkata, kejayaan itu berjaya dicapau hasil kerjasama dengan beberapa rakan kongsi teknologi global yang lain.

Jelas beliau, SEDANIA As Salam telah menggabungkan teknologi untuk menghasilkan ekosistem yang membolehkan penubuhan digital dan neobanks. 

Nisa berkata, disokong dengan kerjasama-kerjasama strategik ini, SEDANIA As Salam berada pada kedudukan yang lebih strategik untuk menyediakan infrastruktur digital inovatif yang memastikan pengalaman terbaik dan memenuhi keperluan perbankan pelanggan.

“Perjanjian perkongsian SEDANIA As Salam baru-baru ini dengan syarikat amanah patuh Syariah terbesar di Malaysia, Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah Shoppe) membolehkannya menawarkan platform hibah digital sepenuhnya kepada 95 pelanggan institusi perkhidmatan kewangan (FSI).

“Penyelesaian tersebut bertujuan untuk meningkatkan jangkauan serta kesedaran hibah sebagai penyelesaian perancangan harta pusaka dan pewarisan Islam di kalangan masyarakat Islam,” katanya.

Nisa berkata, pengiktirafan itu mengukuhkan kedudukan SEDANIA As Salam sebagai penyedia penyelesaian teknologi kewangan Islam terkemuka di Malaysia, yang telah memperkasakan sekitar 95 FSI dalam negara dengan penyelesaian teknologi kewangan patuh Syariah dan memproses pembiayaan bernilai melebih RM80 bilion setakat ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This