Syamsul Yusof nafi bersetubuh luar nikah, dedah Ira Kazar akan saman Jawi

Dari Penulis

PENGARAH sensasi iaitu Syamsul Yusof, 39, menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana bahawa dia melakukan pesetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan isteri keduanya, Ira Kazar.

Tegas Syamsul, dia tidak pernah melakukan perbuatan tersebut selain turut mempersoalkan ketelusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). 

“Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan Ira melakukan persetubuhan luar nikah. Kenyataan-kenyataan dikeluarkan itu tidak benar.

“Saya berkahwin dengan Ira secara sah pada 6 Januari lalu. Itu adalah tarikh kami bernikah. Alhamdulillah, perkahwinan kami pun sudah didaftarkan di sini (Malaysia) pada 20 Januari,” katanya memetik Harian Metro.

Jelas Syamsul lagi, kes membabitkan dirinya dan Ira juga masih dalam siasatan Jawi di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah. 

Sementara itu, Syamsul turut mendedahkan isteri keduanya, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin bakal mengambil tindakan saman terhadap Jawi.

Menurut peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira, pihaknya bakal memfailkan saman susulan pendedahan yang dibuat oleh Jawi kepada pihak umum.

“Berkenaan dengan kenyataan Puteri Sarah mengenai siasatan-siasatan daripada Jawi itu, ia masih belum selesai dan dalam siasatan lagi. 

“Isu berkenaan masih disiasat dan terdapat perkara yang boleh dipersoalkan. Jadi, tindakan undang-undang telah pun diambil kepada Jawi. 

“Ira akan saman Jawi. Minggu depan kami akan failkan saman,” katanya.

Semalam, Syamsul telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This