SEORANG juruteknik Perodua maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Persiaran Mokhtar Dahari, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kemalangan pada pukul 5.05 petang itu berlaku dari arah Shah Alam ke Sungai Buloh.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu lori tidak sempat membrek sewaktu mangsa yang menunggang motosikal datang mencelah dari arah kiri.
“Pemandu lori jenis Hicom Rigid kemudian melanggar belakang motosikal dan menyebabkan mangsa bergerak ke hadapan lalu melanggar belakang sebuah lori lagi.
“Akibat perlanggaran, mangsa seorang lelaki Melayu berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Ibu hamil 5 bulan maut selepas motosikal hilang kawalan
Jelasnya, semakan mendapati pemandu lori Hicom tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing adalah negatif.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat dan ke disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

