KUALA Lumpur merupakan ibu negara yang dibanggakan keseluruhan rakyat Malaysia.
Walaupun dilihat semakin berkembang maju, namun Kuala Lumpur tidak lari daripada pelbagai masalah termasuk isu banjir yang terus menghantui.
Itu juga menjadi hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu semua pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi tumpuan kepada perancangan bandar yang seimbang supaya tidak lagi meminggirkan rakyat.
Perdana Menteri berkata, kewujudan golongan miskin bandar dan isu kesesakan jalan raya hari ini, menunjukkan adanya kelemahan akibat perancangan yang tidak seimbang.
Malah, kerajaan juga menyasarkan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar menjelang 2030 selari dengan konsep Malaysia Madani.
Portfolio Datuk Bandar Raya Kuala Lumpur merupakan kedudukan penting kerana bertanggungjawab menguruskan DBKL di samping menentukan hala tuju ibu negara Malaysia agar menepati visi dan misi kerajaan.
Justeru, individu yang mengetuai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur memegang amanah penting memenuhi hasrat warga kota dan kerajaan.
31 Mac ini menandakan kerusi Datuk Bandar iaitu Datuk Seri Mahadi Che Ngah akan berakhir selepas dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-13 pada Oktober 2020.
Khidmat Mahadi sepatutnya berakhir pada 30 September 2020 tetapi diberi lanjutan selama enam bulan sehingga akhir bulan ini.
Terdapat beberapa calon yang dikatakan sedang ‘mendahului’ untuk dilantik ke jawatan berkenaan termasuk Pengarah Eksekutif DBKL, Datuk Azmi Abdul Hamid.

Bagaimanapun, ada juga permintaan rakyat yang mahukan sama ada bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Ruzain Idris atau Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Azman Mahmood.
Azman bukanlah ‘orang luar’ tetapi pernah berkhidmat dalam kementerian wilayah dan ‘lingkaran’ DBKL.
Baca artikel berkaitan: PM bincang naik taraf infrastruktur, fasiliti penjaja di Kuala Lumpur

Beliau merupakan bekas Pengarah Jabatan Penguatkuasa DBKL yang tegas membanteras aktiviti haram iaitu Op BAH di mana beliau menunjukkan keupayaan untuk memimpin dan mengurus operasi yang kompleks.
Pengetahuan dan kefahaman beliau tentang struktur tadbir urus tempatan serta cabaran yang dihadapi Kuala Lumpur menjadikan Azman dilihat calon tepat mengisi jawatan Datuk Bandar itu.

Satu lagi nama yang disebut adalah yang telah menonjolkan pengalaman dalam tadbir urus awam dan pembangunan infrastruktur.
Warga kota kini mahukan calon yang berkaliber dan tidak semestinya merupakan ‘orang dalam’ atau ‘kroni’ kegemaran ahli-ahli politik.
Apa yang penting, kriteria pencalonan perlu ditapis dan diperhalusi dengan menekankan ciri ciri calon yang punyai integriti, latar belakang kehidupan sederhana serta tidak dikawal oleh sesetengah usahawan atau konglomerat Kuala Lumpur.
Bukanlah mahu berada sebaris dengan kota-kota besar dunia seperti London mahu pun New York, Kuala Lumpur tetap Kuala Lumpur.
Tetapi Kuala Lumpur memerlukan Datuk Bandar yang bersih, bijak merencana hal ahli warga kota tidak kira dari segi pembangunan infrastruktur tetapi juga pembangunan sahsiah, modal insan dan memudah cara urusan harian warga wilayah kota.
Tidak kira siapa yang dipilih, calon yang dilantik mesti mempunyai rekod prestasi yang terbukti mempunyai integriti, kejujuran dan akauntabiliti.
Proses pelantikan mesti mengutamakan pemilihan calon berdasarkan reputasi mereka dan bukannya calon menggunakan rangkaian atau tangan ghaib untuk kepentingan peribadi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

