Dua keluarga bertengkar di koridor apartmen, 4 ditahan termasuk pengadu

Dari Penulis

GARA-GARA bertengkar di koridor sebuah apartment, polis menahan dua lelaki dan dua wanita termasuk pengadu pukul 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku di Taman Ukay Bestari, Ampang, pukul 12 tengah malam tadi.

Katanya, pengadu merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pelayan hotel.

“Pengadu memberitahu ketika ibunya berjalan di koridor untuk ke rumah jiran yang terletak berselang dua pintu dari rumahnya, suspek bertindak menghalang laluan.

“Pengadu bertindak menegur suspek dengan berkata: ‘kau kenapa tak nak bagi mak aku lalu’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek kemudian menjerit ke arah pengadu beberapa kali dengan berkata: “kau kenapa tak puas hati ke”.

Baca : Penghantar makanan amuk, ugut polis dengan cota ditahan

Jelasnya, suspek telah meluru ke arah pengadu lalu menumbuk dada kiri.

“Suspek kemudian berundur membuka pintu rumah sebelum secara tiba-tiba ahli keluarganya keluar dari rumah dan berlaku pertengkaran.

“Abang pengadu juga telah keluar dari rumah untuk meleraikan kejadian, tetapi diserang oleh adik perempuan suspek dengan membaling penutup tong sampah,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia 21 hingga 32 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Turut dirampas tong sampah yang digunakan ketika kejadian,” ujarnya.

Beliau berkata, kesemua direman selama empat hari sehingga Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This