Datuk Ayob Khan Mydin Pithchay - GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baharu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan malam ini berkata pelantikan berkenaan berkuat kuasa pada 16 April ini.

Pelantikan Ayob Khan sebagai Pengarah JSJ yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang akan bersara wajib dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, Ayob Khan, 57, menjadi Pengarah JSJN pada 25 Dis 2021 selepas menyandang jawatan Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020.

Beliau sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram