Diana Danielle nafi curang seperti yang didakwa Farid Kamil

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Diana Danielle, 32, menyangkal dakwaan suaminya iaitu, Farid Kamil, 42, yang mendakwa dia berlaku curang sekaligus menyebabkan rumah tangganya bermasalah.

Diana ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini, berkata, tuduhan Farid itu adalah satu bentuk fitnah semata-mata.

“Itu semua fitnah. Masalah yang timbul adalah kesalahan dia 100 peratus. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya? Kalau ‘kantoi’ kenapa nak bawa bunga?

“Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi dia dah hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini dia nak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun,” katanya kepada URTV.

Diana dan Farid hadir ke mahkamah di sini bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka, selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Menurut Diana, kehadiran Farid membawa sebentuk cincin dan sejambak bunga bukan untuk menyelamatkan perkahwinan sebaliknya mahu menjaga maruahnya.

“Ya saya masih dengan keputusan untuk bercerai. Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumah tangga (pemberian bunga dan cincin), tapi nak menyelamatkan air muka dia saja,” tegasnya.

Sementara itu, Diana mengulas lanjut mengenai dakwaan Farid yang sudah 23 hari tidak bertemu dengan dua orang anaknya.

Kata Diana, anak keduanya iaitu Aurora berdepan dengan trauma. Walau bagaimanapun, Diana enggan mengulas lanjut punca trauma yang dialami anaknya itu.

“Aurora trauma,” katanya ringkas.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad,10 dan Nur Aurora yang kini berusia lapan tahun


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This