Pelajar maut selepas motosikal langgar belakang lori

Dari Penulis

SEORANG pelajar Pusat Latihan Teknologi Tinggi maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 103.4, Lebuhraya Utara Selatan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan pada pukul 5.30 petang itu berlaku ketika mangsa dan lori terbabit dalam perjalanan ke Plaza Tol Sungai Petani arah Selatan.

Beliau berkata, mangsa yang dipercayai menunggang laju di lorong kecemasan telah hilang kawalan ke kanan jalan dan melanggar belakang lori sebelum terjatuh.

“Akibat kemalangan itu, mangsa Mohamad Farhan Azhar, 22, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan dalam kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Polis cari penunggang motosikal WC 7152 R babit kemalangan maut dekat SKVE

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This