Shahidan mahu isu Sanusi dilarang sertai program dibahas, kecewa 14 usul ditolak Dewan Rakyat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mahu isu dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilarang menghadiri program anjuran Kerajaan Persekutuan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Perkara itu dimaklumkan Shahidan ketika membangkitkan Peraturan Mesyuarat 18 (1) pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Shahidan, perkara itu melibatkan kepentingan orang ramai kerana masyarakat terkejut melihat apa yang berlaku.

“Perkara ini melibatkan seorang yang telah dilantik oleh Sultan Kedah untuk menjadi Menteri Besar tiba-tiba tidak dibenarkan hadir majlis Kerajaan Persekutuan di negerinya dan juga di luar.

“Kenapa dibuat perkara begini?,” katanya ketika membangkitkan perkara itu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul kemudian meminta Shahidan menghantar usul berhubung dakwaan melibatkan Muhammad Sanusi itu.

Bagaimanapun, Shahidan kemudian mendakwa beliau berasa kecewa kerana telah menghantar 14 usul, namun tidak dipertimbangkan Dewan Rakyat.

“Saya hantar 14 usul, satu pun tidak dapat dipertimbangkan. Kemudian usul tergempar di bawah 18 (1), semua ditolak.

Baca artikel berkaitan: Sanusi dakwa dilarang hadir program Kerajaan Persekutuan

“Saya seorang Ahli Parlimen yang lama, cukup sedih dengan apa yang berlaku kerana saya terpaksa cakap supaya rakyat lihat bahawa saya tidak main-main perkara ini.

“Saya serius bahawa Kerajaan Pusat diminta jangan berbuat begitu (larangan kepada Muhamad Sanusi). Tidak baik… di bulan puasa,” katanya.

Johari tetap dengan pendirian supaya Shahidan menghantar usul berhubung perkara tersebut untuk beliau pertimbangkan terlebih dahulu.

“Selain itu, ada bukti hitam putih yang kerajaan sudah keluarkan arahan Menteri Besar tidak akan dijemput ke mana-mana program? Tidak ada kan?

“Itu hanya ditulis pemberita dan akhbar. Jadi Arau, boleh kemuka usul, insya-Allah saya akan pertimbangkan,” katanya.

Semalam, Muhammad Sanusi menerusi Facebooknya mendakwa, beliau dilarang menyertai sebarang majlis anjuran Kerajaan Persekutuan.

Muhammad Sanusi turut mendakwa dilarang hadir majlis Kerajaan Persekutuan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) pada 23 hingga 27 Mei depan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This