SITUASI politik yang melanda negeri Melaka sehingga menyaksikan pertukaran Ketua Menteri diibaratkan seperti kartun.
Ia susulan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka berkuatkuasa hari ini.
Perkara itu dinyatakan Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari dalam hantaran di Facebook.
Menurut Ahmad Fadhli, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan Sulaiman meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan.
Bagaimanapun, kata beliau, Sulaiman hanya menyatakan mempunyai sedikit demam dan batuk sahaja.
Pada masa sama, Ahmad Fadhli berkata, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Melaka, Datuk Jailani Khamis pula menyifatkan Ketua Menteri yang baharu sebagai ‘Ketua Menteri tebuk atap’.
“Presiden kata Ketua Menteri letak jawatan kerana ada masalah kesihatan.
Baca artikel berkaitan: Terus beri sokongan kepimpinan baharu Melaka, seru Sulaiman
“Ketua Menteri kata, masalah kesihatan ada sedikit demam dan batuk. Exco pula kata, Ketua Menteri yang baru jadi ‘Ketua Menteri tebuk atap’.
“Pentadbiran negeri sudah jadi kartun,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sulaiman, 58, pertama kali diangkat menjadi Ketua Menteri Melaka pada bulan Mac 2020 selepas Barisan Nasional (BN) dan rakan sekutu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH).
Beliau kemudiannya dilantik semula selepas BN menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada November 2021.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa parti itu sudah pun mencadangkan ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Ahmad Zahid memberitahu, Sulaiman meletakkan jawatan disebabkan masalah kesihatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

