MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini melancarkan kempen pengumpulan dana untuk menghantar pasukan Footgolf Malaysia ke Piala Dunia Footgolf di Orlando yang dijadualkan berlangsung Mei ini.
Ketika berucap di dalam majlis tersebut, Hannah menyokong penuh usaha membawa masuk sukan baharu itu ke negara ini dalam melahirkan masyarakat yang sihat lagi cergas.

Beliau juga menyambut baik keinginan pasukan Footgolf Malaysia untuk menyertai kejohanan peringkat dunia meskipun berdepan dengan pelbagai masalah antaranya kekurangan daripada sudut dana.
Oleh yang demikian, beliau telah menyumbangkan RM10,000 dengan harap pihak lain dapat mengikut jejak langkah sama bagi membolehkan pasukan Footgolf Malaysia mengharumkan nama negara.

Baca artikel lain: MSN gantung jurulatih laku gangguan seksual terhadap atlet berbasikal negara
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Footgolf Malaysia, Tunku Nasaifuddin Tunku Mudzaffar berkata, pihaknya memerlukan dana sekitar setengah juta ringgit bagi merealisasikan impian ke piala dunia.
Jelasnya, wang tersebut akan digunakan untuk kos pasukan termasuk perjalanan, penginapan dan peralatan.

Mereka yang berminat untuk menyumbang boleh melakukan perkara tersebut di laman web https://www.simplygiving.com/nonprofit/fgam.
Ujarnya, bagi mana-mana pihak yang menyumbang lebih daripada RM10,000, mereka layak untuk menerima pelepasan cukai seperti mana telah dipersetujui pihak Kementerian Belia dan Sukan.

“Untuk pasukan lelaki kami menyasarkan kedudukan 10 terbaik manakala bagi pasukan wanita pula kita berharap dapat mengisi kedudukan tiga teratas.
“Pasukan ini diwakili oleh mereka yang kebolehan antaranya bekas pemain bola sepak kebangsaan, Shahril Arsat dan pemain footgolf nombor satu Asia, Steffi Sidhu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

