POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menggesa seorang pemandu bas ekspres yang dikesan menggunakan telefon bimbit sambil memandu segera menyerah diri ke mana-mana balai polis berhampiran.
Ia susulan video tular memaparkan pemandu bas tersebut menggunakan telefon bimbit sewaktu sedang memandu.
Dalam hantaran di Facebook, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM berkata, pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 21 saat yang tular di TikTok memaparkan seorang pemandu bas sedang menggunakan telefon semasa memandu.
Katanya, JSPT mendapati kejadian itu dirakam oleh salah seorang penumbang bas tersebut.
Berdasarkan maklumat, JSPT memaklumkan, nombor pendaftaran bas tersebut adalah ALM 9815 di mana semasa kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh, Perak.
Baca artikel berkaitan: Polis buru lelaki dipercayai pukul, bakar anjing hidup-hidup
“Tindakan pemandu bas ini boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada penumpang bas tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Justeru, JSTP menggesa pemandu bas ini segera menyerah diri ke balai trafik ibu pejabat polis daerah (IPD) berhampiran atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan,” katanya dalam hantaran tersebut.
JSPT berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu juga boleh menyalurkannya menerusi aplikasi Facebook Messenger atau e-mel terus ke [email protected].
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

