Atu Zero bakal terima bayaran tertunggak, tapi isteri terkilan digelar ‘anjing makan tuan’

Dari Penulis

PELAWAK Atu Zero bakal menerima bayaran yang sudah lama tertangguh bagi penglibatannya dalam rancangan Awesome Raja Lawak tahun lalu.

Respon itu dimaklumkan oleh wakil dari Awesome TV yang dihantarkan menerusi WhatsApp.

Menerusi perbualan tersebut, pihak TV terbabit dengan sinis menyindir Atu kerana telah merosakkan nama baik mereka. 

Bagaimanapun, isteri Atu, Syafeeqa Johari meluahkan rasa terkilan dengan respon daripada pihak stesen televisyen terbabit kerana meyifatkan bahasa yang digunakan agak keterlaluan.

“Ada banyak lagi peribahasa Melayu yang lebih enak untuk digunakan. Nak bahasakan seseorang dengan anjing bukan penyelesaian yang baik.

“Bila suami tunjukkan mesej ini, saya sebagai isteri yang melihat suami bekerja rasa sedih. Sampai begini mereka buat suami saya,” luahnya di Instagram miliknya, hari ini.

Syafeeqa turut mendedahkan tangkap layar perbualan Whatsapp antara suaminya dengan pihak Awesome TV di Instagram.

Sementara itu, Syafeeqa turut memaklumkan Atu turut melakukan kerja lain yang tidak termaktub dalam perjanjian kontrak demi mencari rezeki untuk keluarga.

“Kesian saya tengok suami saya. Kadang kala kerja tiada dalam kontrak pun dia buat. Dia hanya perjuangkan hak datang kerja dan komitmen yang telah diberikan.

“Kami bukan orang kaya, berkehidupan mewah yang boleh petik jari sahaja. Rezeki ini pun bukan hak kami semua, ada untuk anak-anak, ibunya, misi bantuan termasuklah saya sebagai isteri, luahnya lagi. 

Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 31 sebelum ini meluahkan sudah penat mahu mengemis meminta gaji sendiri selain turut menggunakan duit sendiri untuk menjayakan penggambaran. 

Malah, dia juga berpesan supaya jangan bermain dengan duit dan hak orang lain.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This