Atu Zero terkilan niat nak beli lembu untuk sedekah kepada penduduk kampung di Sabah sempena Aidilfitri tak tercapai gara-gara…

Dari Penulis

PELAKON dan pelawak Atu Zero meluahkan rasa terkilan kerana hasratnya untuk menggunakan wang baki bayaran daripada sebuah program televisyen untuk membeli lembu dan disedekahkan kepada orang kampungnya di Sabah tidak dapat ditunaikan.

Gara-gara baki bayaran berjumlah RM30,000 yang disekat oleh pihak stesen televisyen terbabit, Atu terpaksa ‘memadamkan’ niatnya untuk menggembirakan penduduk kampung halamannya sempena Hari Raya Aidilfitri terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkilan baki bayaran RM30,000 dibekukan, Atu Zero disuruh ke pejabat buat permohonan maaf secara terbuka

“Saya akui raya tahun ni memang bajet saya tersekat. Saya dah rancang dengan isteri saya dengan duit RM30,000 itu untuk beli satu atau dua ekor lembu dan mercun untuk orang kampung saya di Sabah.

“Di sana susah dapat lembu. Alhamdulillah, isteri saya ada buat perniagaan biskut raya dan kami dapat beli mercun untuk menggembirakan orang kampung.

“Isteri saya pujuk dan mendoakan supaya Hari Raya Aidiladha nanti boleh sedekahkan pada orang kalau rezeki duit melimpah nanti,” katanya kepada URTV.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This