POLIS mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang individu diperas ugut oleh anggotanya di Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi sebuah klip video tular di laman TikTok sejak malam semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati individu terbabit mendakwa telah diperas ugut kerana tidak membawa dokumen pengenalan diri.
“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Anggota polis dan individu terlibat akan dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.
Yahaya berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat yang tidak tepat.
Sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

