“Allah itu Maha Adil. Hari ini kau aniaya anak orang, tak mustahil berbalik dekat kau.” – Anak pengasas Dnars

Dari Penulis

Anak perempuan pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Irdina Hakim Jasman, 20, berkongsi suka duka kehidupannya selepas pemergian ibu tersayang Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Thailand.

Menurut Irdina, cerita kisah hidupnya tidak akan pernah habis andai diluahkan. Pada tahun 2019, dia kehilangan seorang ibu yang merupakan jantung hati bagi setiap anak. Kemudian, dia terus menerus diuji dengan kehadiran pihak luar yang ingin campur tangan dan mengambil alih pengurusan syarikat Dnars Skincare. Malah kenyataan tentang abang sulungnya, ‘Anak Dnars Masuk Penjara’ turut mengejutkan mereka sekeluarga.

@dnarfaziani4

Berani kerana benar ..hukum alam itu adil, siapa yg menyakiti suatu saat akan tersakiti..kalau nak ceritakan kisah hidup dnar ni xhabis dlm satu video☺️ #hebatdnars #dnarsselamanya #dnarsbeglow

♬ Terus Hidup – aina abdul & Aina Abdul

“Tahun 2021, Dnar sakit waktu ini, Dnar serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT, setengah tahun mendiamkan diri di media social dan dipisahkan dengan Qaseh.”

Beberapa tahun kemudian, satu persatu kebenaran tentang kematian arwah ibu terbongkar.

“Kematian arwah mami sangat mencurigakan bagai dirancang.

“Pada tahun 2022, masih tidak henti dengan manusia yang inginkan harta arwah mami, kami fight kerana sudah hampir kesemuanya diambil,” katanya.

Dia juga tidak boleh berjalan selama tiga hingga empat bulan. Pelbagai jenis perubatan yang dicuba dalam masa berbulan dan perbelanjaan mencari penawar hampir mencecah RM100,000.

Dalam keadaan tidak boleh berjalan, Irdina menerima surat saman kerana mengeluarkan kenyataan yang wajar tentang kematian ibunya dan beberapa surat tuntutan lain. Namun keajaiban berlaku dengan izin Allah SWT, dia boleh berdiri dan berjalan.

Bagi Irdina, penderitaan ini mematangkan dia untuk mengenal erti sebenar permainan dunia.

“Allah itu Maha Adil. Hari ini kau aniaya anak orang, tak mustahil berbalik dekat kau, anak kau, cucu kau suatu hari nanti. Kifarah itu wujud.”

Sebelum ini, media melaporkan selepas tiga tahun berdiam diri, suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia pada 18 Mei 2019, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa memfitnahnya di media sosial.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This