Jakim nafi tarikh Aidilfitri sudah ditetapkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan kenyataan dibuat pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023M yang didakwa dikeluarkan jabatan tersebut.

Dalam hantaran di Facebook, Jakim menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya di negara ini.

Menurut Jakim, penentuan rasmi tarikh hari raya dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Satu gambar tular memaparkan kalendar tarikh-tarikh penting Islam yang didakwa dikeluarkan Jakim.

Baca artikel berkaitan: Raya ‘terkejut’ lagi? Jakim ingatkan jangan buat andaian

Menerusi kalendar tersebut, tarikh 1 Syawal menandakan hari pertama Hari Raya Aidilfitri ditetapkan pada 21 April iaitu hari Jumaat.

Sebelum ini, Jakim mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ia susulan penularan tangkap layar memaparkan ‘Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023’ di media sosial.

Jakim dalam kenyataan memaklumkan, tangkap layar itu dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid.

Menurut Jakim, paparan tersebut telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This