ANGKA kematian membabitkan pembunuhan kejam bomoh pengganda wang yang dikenali sebagai ‘Mbah Slamet‘ meningkat kepada 12 orang kesemuanya.
Memetik laporan Detik.com, mayat dua lagi mangsa ditemukan hari ini tertanam berhampiran tempat mangsa yang lain.
Difahamkan, penemuan mayat dalam operasi ini diperoleh menerusi keterangan suspek yang ditahan polis semalam.
Menurut Ketua Badan Pengurusan Bencana Wilayah Banjarnegara, Aris Sudaryanto berkata, pihaknya menemui dua mayat terbabit di dalam satu liang kubur yang sama.
“Di dalam kubur ini turut ditemui sepasang kasut milik lelaki dan wanita serta botol air mineral.
“Dari bentuk tubuh badan mayat ini juga boleh dilihat seperti seorang lelaki dan wanita,” katanya.
Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Jawa Tengah, Komisioner Iqbal Alqudusy berkata, pihaknya kini masih mengenal pasti mangsa yang terlibat.
Sementara itu memetik laporan CNN Indonesia, kesemua mangsa dipercayai diberi minuman dicampuri racun ikan ketika ritual diijalankan.
Sebelum ini UtusanTV melaporkan suspek Slamet Tohari, 45, disyaki membunuh 10 orang pelanggan sejak tahun 2020.
Suspek ditahan di rumahnya di Desa Balun, Wanayasa, Banjarnegara bersama seorang pembantu yang mempromosikan perkhidmatan penggandaan wang di media sosial.
Kegiatan kejam suspek ini terbongkar apabila Polis Banjarnegara menjalankan siasatan berhubung kehilangan seorang mangsa yang gagal dihubungi keluarga sejak 24 Mac lepas.
Difahamkan, kesemua mangsa diperdaya Mbah Slamet yang kononnya mampu menggandakan wang daripada 40 juta rupiah (RM11,822) kepada lima bilion rupiah (RM1.5 juta).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

