SEORANG lelaki dipercayai terlelap sebelum lori yang dipandu bergerak terus lalu terjunam ke dalam laut di Lot 1, Lumut Maritime Terminal, Kampung Acheh Sitiawan, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima makluman kejadian membabitkan lori jenis Nissan pada pukul 5.23 pagi.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika lori terbabit menjalankan kerja memunggah batu.
“Pemandu dan lori yang tenggelam ke dalam laut berjaya dikeluarkan dengan bantuan dua buah kren.
“Mangsa seorang lelaki berusia 20 tahun disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa dibawa ke Forensik Hospital Manjung bagi bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Lily Suryana Roslaili di talian 013-6559693.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan Mohd Azizi Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu daripada pihak pelabuhan pada 5.30 pagi.
Beliau berkata, operasi menyelamat turut dibantu anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pulau Pangkor.
Mangsa dikenali sebagai Aqil Rasydan Razmi berusia 20-an berjaya dibawa naik pada pukul 9.45 pagi tadi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

