Karen Singapura ‘naik hantu’ hanya kerana telur rebus

Dari Penulis

HANYA kerana telur rebus yang dipesan tidak dipecahkan, seorang wanita bertindak memarahi dan membuat kecoh di kaunter sebuah kedai makanan dekat Chinatown Point, Singapura pada minggu lalu.

Memetik laporan The Strait Times, kejadian dipercayai berlaku apabila pekerja kedai menghidangkan dua biji telur sebelum wanita terbabit meminta pekerja memecahkan telur tersebut.

Bagaimanapun, pekerja terbabit kemudian dilihat hanya meletakkan satu sudu teh ke atas pinggan wanita terbabit.

Wanita tersebut kemudian bertindak agresif dengan membaling dua biji telur selain melempar dulang makanan ke arah pekerja.

Menerusi rakaman video tular, dapat didengar pekerja kedai berkata kepada wanita tersebut bahawa terdapat orang ramai melihat kejadian ini.

Wanita itu bagaimanapun tidak mengendahkan dan melemparkan dulang makanan sambil meminta pekerja tersebut memecahkan telur.

Turut kedengaran suara pekerja terbabit berkata bahawa dia akan menghubungi polis.

Pekerja tersebut kemudian menghidangkan telur rebus yang siap dipecahkan dan wanita terbabit dilihat sempat memeriksa telur dengan menggunakan sudu.

Malah, wanita terbabit turut bertanyakan sama ada telur itu sudah dimasak.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Bakeri BreadTalk Group, Vincent Lim berkata, pihaknya telah menerima makluman mengenai kejadian dan telah membuat tindakan susulan bagi memastikan kesejahteraan pekerjanya terpelihara.

“Kami berharap dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan kami dan kami juga berharap pekerja kami dapat dilayan dengan rasa hormat,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This