PASANGAN kekasih yang tular kerana melakukan aksi jelik dalam Perodua Axia berwarna merah di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, direman selama dua hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noorfazlin Hamdan bermula hari ini hingga esok.
Memetik laporan Sinar Harian, Noorfazlin membenarkan permohonan reman oleh polis bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas pasangan kekasih berkenaan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.
UtusanTV semalam melaporkan seorang lelaki berumur 22 tahun dan seorang wanita berumur 17 tahun ditahan selepas rakaman video memaparkan perbuatan mereka tular di media sosial.
Tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan dan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di kawasan Taman Johor Jaya, Johor Bahru dan Taman Kota Masai, Pasir Gudang sekitar jam 4.15 petang hingga 5.15 petang, 6 April lalu.
Hasil semakan mendapati kedua-dua warganegara tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.
Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai baju-T berwarna merah dan putih.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

