Chef Zam Teruskan Tradisi Kongsi Rezeki Di Bulan Ramadan Sambil Mempertengahkan Bakat Anak Didiknya

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Baru-baru ini Profesor Dato Zamzani Abdul Wahab atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Zam meneruskan amalan tradisi saban tahun di bulan Ramadan meraikan anak-anak Tahfiz sempena Majlis Berbuka Puasa Rich Talents International College (RTic) yang diadakan di Dewan Khatira, di Shah Alam.

Chef Zam bersama Azzedin Adabi menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak tahfiz.

Majlis meraikan anak-anak Tahfiz dari Kolej Islam AN-Nabawi dan Madrasah Al Huffaz Wal Ulum turut diserikan dengan kehadiran dif-dif jemputan, tenaga pengajar dan pelajar kolej. Menurut Chef Zam selaku Pengetua, Rich Talents International College program sebegini diadakan untuk berkongsi rezeki, selain merebut peluang pahala kebaikan sepanjang bulan yang penuh barakah ini.

Istimewanya, hidangan yang disajikan di majlis berbuka ini ke semuanya dimasak oleh pelajar kolej, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM 2) dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3). Terdapat lebih dari 36 menu hidangan yang berkonsepkan masakan tradisional Melayu disajikan buat tetamu.

Ikan Bakar, Kurma Telur dan Ayam Rendang Hijau antara menu yang mendapat pujian tetamu.
Sebahagian tetamu yang hadir meraikan majlis berbuka puasa bersama Rich Talents International College.
Hidangan yang disajikan ke semuanya enak-enak belaka.

Menurut Chef Zam, selain untuk menjalinkan silaturahim dan melakukan amal jariah, program ini turut memberi ruang dan peluang kepada pelajarnya menunjukkan bakat dan kebolehan dalam bidang kulinari yang menjadi pilihan mereka.

Chef Johari Edrus, Chef Fikree Aznan serta rakan-rakan dari Adabi turut meraikan majlis.

“Kita memberi galakkan, motivasi dan sokongan kepada pelajar-pelajar ini, merasai kemeriahan Ramadan dengan menyediakan hidangan berbuka secara bufet untuk para tetamu. Ia secara tidak langsung memberi pendedahan buat pelajar, supaya bila mereka keluar nanti mereka tidak kekok berhadapan kerjaya yang bakal mereka lalui ini,”.

Pelajar-pelajar Rich Talents International College yang berkebolehan yang bakal menyerikan bidang seni kulinari negara.

Chef Zam turut mengalukan penyertaan pelajar asnaf yang berdaftar di bawah Pusat Zakat Selangor dan Yayasan Pendidikan MAIDAM Terengganu menyertai RTiC kerana mereka ini akan mendapat pembiayaan sepenuhnya dalam pendidikan seni kulinari.

“Bukan itu sahaja, malah pelajar yang di bawah program kemahiran di kolej kita ini juga berpeluang untuk terus melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan degree di MAHSA Universiti,”ujarnya yang berpendapat gagal SPM bukan bermakna gagal selamanya. Kami di RTiC akan membantu mereka yang ingin berjaya dalam bidang seni kulinari.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sushi King perkenal pengalaman yakiniku pertama seluruh Malaysia

SUSHI King kini memperluas pengalaman menjamu seleranya menerusi pelancaran pengalaman Yakiniku Sushi King serba baharu di semua cawangan seluruh...

More Articles Like This