Episod 17 : Mantao Lembut & Gebu Oleh Chef Zam

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Mantao adalah sejenis roti bun span yang berasal dari negara China. Mantao ini boleh dikukus atau pun digoreng. Mantao jika digoreng orang China memanggilnya golden mantao sebab ia berwarna keemasan. Jika mantao ini dikukus, dipanggil silver mantao sebab rotinya berwarna putih.

Mantao ini boleh sahaja diletakkan inti seperti coklat, strawberi, mentega kacang dan kaya. Ikutlah suka kita. Kebiasaannya mantao kosong dicicah susu pekat manis, jika suka boleh sahaja dicicah dengan sambal bilis atau asam pedas. Sedap tak terkata. Cubalah try! Masak Kita-Kita Je…

Golden Mantao berwarna keemasan.
Silver Mantao berwarna putih.

MANTAO
BAHAN

210 gm tepung Hong Kong
25 gm tepung kanji
45 gm gula aising
½ sudu kecil serbuk penaik
¾ sudu kecil yis segera
115 ml air
20 ml minyak sayur
Inti coklat secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Timbang kesemua bahan-bahan mengikut sukatan
  2. Masukkan kesemua bahan di dalam mesin pengadun, dengan menggunakan hook, putar kesemua sehingga sebati.
  3. Putar doh sehingga licin dan elastik. Rehatkan selama 30 minit sehingga doh mengembang dua kali ganda.
  4. Canai doh mantao sehingga nipis, letakkan inti coklat dan ratakan.
  5. Gulung adunan yang telah dicanai sepenuhnya.Rehatkan doh yang telah dibentuk selama 15 minit.
  6. Kukus mantao selama 15 minit atau tidak lembik apabila permukaan atas mantao disentuh. Sedia dihidangkan panas-panas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tasty Touch Catering pakar dalam hidangan ‘finger food’

TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan...

More Articles Like This