Kerajaan tambah RM35 juta peruntukan bagi program perkasa komuniti PPR – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM35 juta untuk program memperkasakan komuniti projek perumahan rakyat (PPR) di Selangor dan Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata peruntukan itu dijangka memberi manfaat kepada 50,000 penduduk PPR menerusi program Kita Untuk Kita (K2K), khususnya melibatkan kira-kira 12 perumahan yang dikenal pasti bermasalah dan tenat.

Baca artikel lain: Kerajaan tiada konflik kepentingan dalam permohonan pengampunan diraja buat Najib

“RM35 juta itu kita sudah luluskan dan boleh dilaksanakan dalam kadar segera sebab ada rumah-rumah dalam keadaan tenat.

“Saya juga bincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya percepatkan proses dengan tidak ikut tender yang biasa dan (tempoh) panjang, tetapi tender terhad supaya dipercepatkan (untuk peruntukan berkenaan),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program K2K yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This