Wanita maut dalam kemalangan dua motosikal dekat Batu Pahat

Dari Penulis

SEORANG wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Taman Ayer Hitam, Jalan Kluang, Batu Pahat, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 9.45 malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sepasang suami isteri menaiki motosikal jenis skuter ingin menyeberang ke kanan jalan.

“Semasa menyeberang jalan, sebuah motosikal jenis Suzuki datang dari Ayer Hitam menghala ke Parit Raja lalu berlaku kemalangan.

“Akibat kemalangan itu, pembonceng skuter yang dikenali sebagai Radziah Jayis, 51, maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara kedua-dua penunggang mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Batu Pahat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hisyam Ezahar di talian 07-4327704.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This