Mohon pengampunan Najib bukan pendirian kerajaan – Anthony Loke

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LANGKAH UMNO untuk memohon pengampunan penuh ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan bukan pendirian kerajaan.

Sebaliknya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu merupakan pendirian UMNO sebagai parti politik.

Malah, Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, isu pengampunan terhadap Najib itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

“Isu pengampunan pun tidak pernah dibincangkan dalam Kabinet. Ia bukan pendirian kerajaan.

“Sebab itu kita kena bezakan kerana isu itu adalah pendirian UMNO sebagai parti politik, bukan pendirian kerjaaan.

“Untuk adil kepada menteri UMNO, ia tidak pernah dibawa ke Kabinet, jadi ia bukan pendirian Kabinet, ia pendirian parti,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, pengampunan itu adalah proses biasa dan adil kepada semua pihak dengan sesiapa sahaja boleh memohon mendapatkan pengampunan selepas disabitkan kesalahan.

Baca artikel berkaitan: UMNO tak boleh mohon pengampunan untuk Najib – Peguam

Bagaimanapun, kata beliau, sama ada perkara tersebut dibenarkan atau tidak adalah terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dari segi prosesnya sesiapa sahaja selepas disabitkan kesalahan boleh buat permohonan pengampunan, itu adalah proses biasa dan adil kepada semua pihak.

“Untuk kita (kerajaan) kita menaruh kepercayaan kepada proses sewajarnya dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan yang terbaik,” jelas beliau.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Jumaat lalu bersetuju untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi mempertimbangkan pengampunan penuh buat Najib.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehubungan itu MKT memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan beserta memorandum pimpinan parti daripada 191 bahagian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This