Lelaki halang SUV, keluarkan kata-kata lucah ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan selepas bertindak menghalang sebuah Perodua Ativa dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita di hadapan bangunan Bandar Springhill, Port Dickson, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang perempuan Melayu pada pukul 3.40 petang hari ini.

Beliau berkata, suspek seorang lelaki India berusia 38 tahun kini ditahan di lokap Balai Polis Port Dickson bagi siasatan lanjut.

“Saringan ujian air kencing adalah negatif dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.

Aidi Sham berkata, orang awam dinasihatkan tidak memberi sebarang komen yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This