Zuraida fail tindakan undang-undang mohon RoS iktiraf sebagai Presiden PBM

Dari Penulis

DATUK Zuraida Kamaruddin memfailkan tindakan undang-undang untuk memohon Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengiktirafnya sebagai Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida, 65, memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap RoS sebagai responden menerusi Tetuan Ashmeer Ashrof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Mac lepas.

Dalam permohonan tersebut, bekas Ahli Parlimen Ampang itu memohon deklarasi bahawa tindakan responden mengekalkan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein sebagai Presiden PBM adalah tidak sah selain memohon perintah mandamus mengarahkan RoS mendaftar atau mengiktirafnya sebagai Presiden PBM berkuat kuasa dari 7 Okt 2022.

Menerusi afidavit sokongan, beliau berkata menerima surat daripada PBM pada 27 Okt 2022 yang memaklumkan mengenai pelantikan beliau sebagai Presiden PBM berkuat kuasa 7 Okt 2022.

Bagaimanapun, Zuraida berkata beliau telah menerima surat daripada parti berkenaan bertarikh 19 Dis lepas yang menyatakan Soon mengisytiharkan diri sendiri sebagai Presiden PBM dan menggantung keahliannya.

Baca artikel berkaitan: Terpaksa tandatangani dokumen sehari sebelum pencalonan PRU-14 – Zuraida

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata beliau mengetahui mengenai pemecatannya daripada PBM melalui portal berita The Star pada 27 Dis 2022, namun tidak pernah menerima sebarang notis, surat atau makluman daripada parti itu mengenai pemecatannya.

“Memandangkan YB (Yang Berhormat) Larry Soon telah dikekalkan oleh responden sebagai presiden PBM, tiada keperluan bagi PBM untuk mematuhi Fasal 14 di bawah perlembagaannya untuk memecat saya. Pemecatan saya yang tidak sah ini telah mendapat siaran media dan ini mengakibatkan kerosakan teruk kepada imej politik saya.

“Saya percaya bahawa sekiranya responden telah mendaftarkan saya sebagai Presiden PBM setelah menerima surat tersebut, saya tidak mungkin boleh dipecat secara tidak berpelembagaan,” kata Zuraida dalam afidavit itu.

Sementara itu, peguam Mohamed Ashmeer Ashrof yang mewakili Zuraida ketika dihubungi berkata permohonan tersebut akan didengar di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh esok.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA akui pengundi Cina kini kecewa namun tak anggap boleh diterjemah dalam bentuk undi

HASIL kajian lapangan dilakukan oleh MCA mendapati bahawa rata-rata pengundi Cina kini berada dalam keadaan kecewa khususnya dengan apa...

More Articles Like This