2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya Aidilfitri ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KIRA-KIRA dua juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS khususnya pada hari-hari puncak menjelang sambutan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Bhd, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding kadar trafik pada hari-hari biasa.

Menurut Zakaria, peningkatan jumlah kenderaan itu dijangka bermula pada 20 hingga 21 April; 24 hingga 25 April; 29 April hingga 1 Mei dan 4 sehingga 7 Mei depan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan baik dengan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari puncak.

Katanya, PLUS telah membuat persediaan dan mengatur pelbagai strategi untuk menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini.

“Ia bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa di lebuh raya kami.

“Strategi-strategi tersebut merangkumi aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, pengurusan trafik di plaza tol, pengurusan kemudahan di kawasan rehat, hebahan maklumat trafik dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Zakaria memaklumkan PLUS bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan aspek keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa berada pada tahap yang baik.

Baca artikel berkaitan: PUSPAKOM tawar pemeriksaan kenderaan sukarela percuma sempena Aidilfitri

Jelasnya, ia termasuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta advokasi di lebuh raya sepanjang musim perayaan ini.

Pada masa sama, beliau berkata, PLUS turut menempatkan pasukan bantuan kecemasan (ERT) yang terdiri daripada PDRM, JPJ, Angkatan Pertahanan Awam (APM), St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di 11 lokasi strategik di lebuh raya dengan lebih 500 petugas.

Selain itu, Zakaria berkata, sebanyak 269 pasukan peronda lebuh raya merangkumi PLUSRonda dan LPT2Ronda ditugaskan menjalankan rondaan 24 jam sehari bagi membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kecemasan atau kerosakan kenderaan.

Dalam pada itu, PLUS akan turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan dalam tempoh terdekat.

PLUS menyarankan kepada pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan baik dan pulang ke kampung lebih awal untuk mengelakkan mereka terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari-hari puncak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This