MAIPs peruntuk RM505,000 untuk pengurusan 101 masjid bagi tahun ini

Dari Penulis

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan bantuan berjumlah RM505,000 bagi tujuan pengurusan 101 buah masjid di seluruh Perlis bagi tahun ini.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar pengurusan masjid sentiasa berusaha untuk memastikan setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan hendaklah relevan dan berimpak kepada masyarakat.

“Sebagai kumpulan yang dipertanggungjawabkan di peringkat kariah, kepimpinan jawatankuasa masjid diberikan mandat untuk menjalankan pelbagai aktiviti pengimarahan, ilmiah dan kemasyarakatan selari dengan dasar dan peraturan yang telah ditetapkan MAIPs,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan MAIPs, hari ini.

Baca artikel lain: Bekas MB Perlis hadapi 5 pertuduhan ubah wang haram RM1.06 juta

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan melakukan simbolik penyerahan bantuan tersebut sempena Program Qiam Ramadan yang diadakan di Masjid Al-Ghufran, Batu Dua Lama Jalan Kaki Bukit, di sini semalam.

Sementara itu, dalam kenyataan sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata MAIPs sentiasa memberikan kepercayaan kepada semua pengurusan masjid di seluruh Perlis untuk membantu memastikan agenda peningkatan syiar Islam sentiasa diterapkan.

“Usaha menerapkan ketakwaan dalam kalangan Umat Islam telah dijadikan sebahagian tanggungjawab jawatankuasa kariah masjid seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Perlis 1990” jelas beliau.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sambutan luar biasa, 6,613 unit MyKiosk berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya

SEBANYAK 6,613 unit atau 91.3 peratus daripada keseluruhan program MyKiosk yang telah dibina berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya sehingga...

More Articles Like This