Bomba potong besi tingkap, bantu keluarkan mayat sudah kembung

Dari Penulis

BOMBA terpaksa memotong besi tingkap rumah bagi mengeluarkan mayat seorang lelaki yang sudah mengembung dekat Seksyen 2, Petaling Jaya, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya bertindak memotong tingkap bilik bagi membolehkan mayat mangsa dibawa keluar kerana bilik terlalu sempit.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.39 malam dan sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dua minit kemudian dan mendapati terdapat mayat seorang lelaki Cina berusia 43 tahun telah kembung di dalam sebuah bilik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Morni berkata, mayat dapat diangkat dengan kerjasama anggota polis sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan polis dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This