“Itu mentaliti orang malas,” – Ustaz Yaakub Yusra bidas kenyataan kemewahan hanya duniawi, ulas miskin adalah ujian

Dari Penulis

“Buat apa ada duit banyak-banyak dan rumah besar, bila mati nanti semua ditinggalkan.” Ayat yang sering berlegar di bibir masyarakat apabila bercerita soal kekayaan dan kemewahan seseorang.

Namun bagi pendakwah bebas, Ustaz Yaakub Yusra, kenyataan itu merupakan mentaliti orang yang malas berusaha. Ulasnya 10 sahabat Rasulullah SAW yang masuk syurga merupakan jutawan dan kekayaan itu digunakan bagi membangunkan Islam dan membantu mereka yang kesusahan.

“Itu adalah mentaliti orang yang malas. Jika kita tengok 10 sahabat Nabi SAW yang dijanjikan syurga, tujuh daripadanya adalah jutawan antaranya Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Usman. Memang ada sahabat yang miskin masuk ke syurga, namun selepas mereka berusaha tetap Allah uji dengan kemiskinan.

“Namun bagi kita yang hidup dan ada kelebihan, manfaatkan supaya boleh menjadi orang yang memberi kebaikan kepada orang lain.

“Seperti saya sendiri, kalau dapat duit banyak, makan nasi tetap satu pinggan, tetapi kita boleh berkongsi pinggan itu kepada orang lain,” ulasnya kepada Wanita.

Tegasnya lagi, banyak aktiviti berdakwah memerlukan dana kewangan. Malah Rasulullah SAW sendiri menasihati sahabat agar berusaha mencari rezeki walaupun kiamat bakal tiba.

“Sama juga dengan tahfiz dan rumah warga emas yang diusahakan, jika tiada duit, bagaimana mahu laksanakannya? Pada saya kenyataan itu dikeluarkan oleh orang yang malas dan untuk menghalalkan perbuatan malasnya, maka dikatakan ia hanya dunia belaka.

“Sedangkan Rasulullah SAW ajarkan kepada sahabat untuk usaha dapatkan dunia sebaik mungkin walaupun esok mungkin kiamat agar dengan dunia kita dapat bina akhirat,” katanya lagi.

Terdahulu, Ustaz Muhammad Yaakub Yusra Mohd. Yusof merupakan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD), sebuah pusat komuniti Islam pertama bertaraf antarabangsa di negara ini. MADAD beroperasi di Kampung Teluk, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This