Episod 23 : Vietnamese Spring Rolls Chef Sherry

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Teknik menggulung Vietnamese Spring Rolls memang agak leceh. Jika tidak sabar, hasilnya nanti tidak cantik. Ini cara yang betul, kulit popia Vietnam perlu dibasahkan depan dan belakang atau celupkan ke dalam air.

Jangan lama-lama, kemudian lap dengan tisu dapur. Untuk menghindarkan kulit popia melekat antara satu sama lain, setelah menggulung popia balutkan pula dengan plastik dengan kemas. Selamat mencuba..!

VIETNAMESE SPRING ROLLS
BAHAN

6 keping kulit popia Vietnam
200 gm suhun
10 ekor udang sederhana – rebus dan belah dua
5 helai daun salad
1 biji timun – hiris halus
½ batang lobak merah – hiris halus
3 tangkai daun ketumbar – cincang kasar
3 tangkai daun bawang – potong memanjang

CARA PENYEDIAAN

  1. Rendam suhun, angkat dan tuskan. Kemudian gaulkan dengan serbuk perasa dan minyak bijan
  2. Hiris lobak merah dan timun hiris memanjang halus
  3. Celup kulit popia Vietnam ke dalam air, kemudian lap dengan tuala bersih.
  4. Letakkan sayur, suhuh, timun, lobak merah, udang , daun salad dan daun ketumbar. Gulung dengan kemas dan rapi. Hidangkan dengan sos Thai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This