Pempengaruh media sosial, Farah Lee sedang melaksanakan program Misi Ramadan 10.0 Cinta Syria Malaysia bagi memberi bantuan kemanusiaan buat warga Syria.
Merantau ke negara orang bukan suatu perkara yang mudah terutama apabila kita menggunakan bahasa yang berbeza.
Niat di hati hanya ingin bertanya tentang asal usul makcik ini sahaja, namun apabila dia mula bercerita tentang pengalaman hidupnya menjadinya pelarian di negara sendiri membuatkan Farah sedih apatah lagi ketika mendengar tangisannya.
“Farah tak faham sangat makcik ni cakap apa tapi rasanya dia doakan kita kan? Kita yang masih kisahkan mereka di sini.
Makcik yang sama juga Farah just tanya ni asal mana je pastu dia start cerita pengalaman dia lari dari perang, family dia syahid then hilang segalanya terpaksa jadi pelarian dalam negara sendiri. Then dia nangis, aduh bersalah pula rasa.”
Bukan itu sahaja, mereka juga ada menyebut tentang ketiadaan baju raya dan membuatkan Farah terdetik untuk melancarkan kempen baju raya bagi membantu anak-anak Syria.
Wanita berjiwa besar ini mengatakan bahawa dia memerlukan lebih kurang 300 pasang baju raya untuk diagihkan kepada 60 buah keluarga yang berada di tapak perkhemahan ini.
“Dorang pun sempat mention anak-anak takde baju raya lagi. Raya pakai apa yang ada je walhal kita sunat kan pakai baju cantik-cantik dan baru. So lepas je sahur ni Farah terdetik untuk launch campaign belikan anak-anak sini baju raya.
Dalam 60 family dekat camp ni, so around 300 kids kot. Quite an amount juga tapi tak sampai hati pula nak ignore macam tu je huhu plus makcik kat sini baik-baik sangat layan kami.”
Farah turut melampirkan nombor akaun bank Pertubuhan Kebajikan FL sekiranya ada masyarakat yang ingin membantu merealisasikan impian anak-anak Syria memakai baju raya di pagi raya nanti.
“If korang nak support sikit @fl.childrity untuk tong-tong belikan anak-anak kat camp ni baju raya, boleh klik link dekat bio Farah atau transfer ke:
CIMB
860-507-6611
Pertubuhan Kebajikan FL
Reference: BajuRaya”
Dia turut mengucapkan terima kasih buat masyarakat yang membantu.
“Thanks korang! Kekal bermanfaat dalam 10 hari terakhir Ramadan.”

