Pempengaruh Korea kutip sumbangan bina masjid, Farah Lee tegaskan sumbangan ke akaun sendiri adalah salah. Minta rakyat Malaysia berhati-hati

Dari Penulis

Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee menerusi hantaran di Instagram miliknya meminta agar orang ramai berhati-hati akan aktiviti sumbangan bagi membina masjid yang dikongsikan seorang pempengaruh terkenal Korea Selatan.

Jelasnya, pempengaruh itu mendakwa sudah membeli sebidang tanah dan bakal membina sebuah masjid di Incheon, Seoul. Dia menerusi laman sosial miliknya turut memohon sumbangan orang ramai bagi melaksanakan niat murninya itu.

Farah bagaimanapun berpesan agar tidak sewenang-wenangnya menyalurkan derma kepada mana-mana akaun persendirian walaupun untuk tujuan dakwah.

“Sharing here for awareness. Please take note guys ??

Jadi dermawan boleh tapi kena bijak dan berhati2 juga ya. Saya involved dengan program dan komuniti dakwah Korea sejak 2011 lagi, sehingga sekarang untuk sewa ruang bagi aktiviti2 dakwah pun tersangat lah susah, apatah lagi nak bina masjid.

Di post, beliau mention untuk ‘bina masjid’, tapi bila ditanya wartawan Korea, katanya akan sediakan ruang untuk buat ‘content’ dan mungkin sedikit ruang untuk solat. Nampak fishy di situ.”

Kredit : Instagram Farah Lee


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

The Mangrove at Carey Circles, destinasi percutian serba lengkap di Pulau Carey

PULAU Carey merupakan sebuah pulau kecil di Kuala Langat, Selangor yang mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak sedar...

More Articles Like This