Jamal Abdillah & isteri dapat bayi perempuan, sepakat namakan Rahil Laura Salsabila Yamani

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

ISTERI kepada penyanyi legenda terkenal Datuk Jamal Abdillah iaitu Datin Zai Izzati selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 2.55 petang di sebuah pusat perubatan swasta Setapak, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Jamal, 63, bayi seberat 2.94 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.

“Syukur Alhamdulillah kerana kelahiran bayi ini sempurna semuanya.  

“Terima kasih semua kerana mendoakan. Nama anak keempat saya ini ialah Rahil Laura Salsabila Yamani.

“Alhamdullilah keadaan isteri saya semuanya baik-baik…tiada komplikasi,” katanya ketika dihubungi URTV sebentar tadi.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai,27, pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka sudah memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang kini berusia setahun. 

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Memori Audionauts bukan penghalang, Ryzall Noh sasar pasaran Malaysia menerusi Natijah Cinta

SELEPAS melakar portfolio ampuh selaku vokalis kumpulan popular Singapura, Audionauts, penyanyi berpengalaman Ryzall Noh kini mengorak langkah lebih berani...

More Articles Like This