SPRM tahan Setiausaha Sulit Menteri Sumber Manusia pula

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Setiausaha Sulit kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, pagi tadi.

Penahanan itu bagi membantu siasatan kes pengambilan pekerja asing membabitkan nilai RM97 juta selepas seorang pegawai tugas-tugas khas kepada Sivakumar direman, semalam.

Difahamkan, suspek akan direman selama empat hari bagi siasatan lanjut kes terbabit.

Sumber kepada Berita Harian memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan melakukan beberapa lagi tangkapan selepas ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Baca artikel lain: Projek rintis KKM: Kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan HTAR turun 54 peratus

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut berhubung waktu dan lokasi tangkapan dibuat, selain tempoh reman terhadap pegawai terbabit.

Media melaporkan, Sivakumar dan kementeriannya akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung penahanan seorang pegawai di pejabat menteri itu bersabit isu membawa masuk pekerja asing.

Sivakumar dalam kenyataan berkata, beliau maklum mengenai penahanan pegawai terbabit tetapi enggan mengulas pada masa ini kerana kes masih dalam siasatan.

“Saya berharap pihak media tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi yang boleh menjejaskan mana-mana pihak sehingga agensi siasatan yang berkenaan selesai,” katanya.

Semalam, SPRM menahan seorang pegawai kanan Sivakumar serta seorang ahli perniagaan dari Ipoh berkaitan kes rasuah membabitkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

Difahamkan, pada masa ini siasatan SPRM juga turut tertumpu kepada individu lain serta kementerian dan agensi berkaitannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This