Pemandu lori buah maut selepas elak tayar atas jalan

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori maut dalam kemalangan selepas cuba mengelak sebiji tayar di Kilometer 68.3, Lebuhraya Utara-Selatan, 2.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa Muhammad Saifuddin Md Lazan, 35, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori bermuatan buah yang dipandu mangsa, sebuah lori simen dan Honda Civic.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga kenderaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai hendak mengelak sebiji tayar yang berada di atas jalan sebelum lori dipandu terbabas dan terbalik lalu melanggar besi pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Jelasnya, lori bermuatan simen yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa dan menyebabkan mangsa jatuh ke dalam longkang pembahagi jalan sebelum disahkan meninggal dunia.

Pemandu lori simen berusia 68 tahun dan pemandu kereta Honda Civic berusia 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor dalam kenyataan di Facebook memaklumkan sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu, anggota bomba bertindak menjalankan kerja menyelamat untuk membawa naik mangsa ke atas dengan menggunakan pengusung.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 3.28 pagi”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This