SERAMAI 71 penunggang motosikal ditahan dalam satu Op Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Kluang-Air Hitam dekat Jalan Parit Haji Sidek pada pukul 11 malam hingga 1.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua penunggang berusia 16 hingga 27 tahun itu telah diiringi balik ke Balai Trafik Batu Pahat sejauh tiga kilometer bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan saman.
Beliau berkata, sebanyak 155 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 25 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu serta mengubah suai struktur ekzos.
“Operasi terbabit melibatkan 15 pegawai dan anggota polis selepas menerima aduan daripada orang awam terdapat ramai remaja yang sering berkumpul dan membuat bising sehingga menggangu ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, ibu bapa dinasihatkan untuk memantau anak-anak dan elakkan dari keluar tanpa sebarang tujuan sempena musim perayaan yang akan tiba.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

