Episod 25 : Resipi Peach Strudel Viral Chef Hamidon

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Resipi ini menggunakan dua jenis krim untuk membuat peach strudle ini iaitu fresh cream dan krim kastard. Selain buah peach, boleh diganti dengan buah strawberi. Pencuci mulut ini rangup dibawah, dan rasa masam-masam manis di atasnya. Sangat sedap..!

PEACH STRUDEL

BAHAN
2 keping buah peach dalam tin – hiris
4 keping puf pastri
250 ml air
350 ml fresh cream
200 gm serbuk kastard segera

CARA PENYEDIAAN

  1. Fresh cream dipukul sehingga kembang. Setelah kembang masukkan ke dalam beg piping. Ketepikan.
  2. Jika suka krim kastard, satukan serbuk kastard segera dengan air. Kemudian masak hingga pekat. Setelah mendidih padamkan api. Biarkan sejuk masukkan ke dalam beg piping.
  3. Puf pastri dipotong dua kemudian dicucuk-cucuk permukaan pastri untuk mengeluarkan angin. Agar puf pastri tidak mengembang. Bakar puf pastri di dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 20 minit.
  4. Sementara itu, hiris buah peach.
  5. Setelah puf pastri masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
  6. Paipkan puf pastri dengan krim putar. Hiaskan hirisan buah peach di atasnya. Paipkan kembali krim putar. Lapikkan puf pastri di atasnya, paipkan krim putar dan hiaskan hirisan buah peach.
  7. Jika ingin letakkan krim kastard, lakukan proses yang sama sehingga selesai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This