Pak Nil, Eskayvie beri duit raya kepada lebih 600 ‘rider e-hailing’

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENGACARA terkenal, Datuk Aznil Nawawi bersama syarikat pengeluar produk kesihatan, Eskayvie Diffenz menjalankan tanggungjawab sosual korporat (CSR) dengan menyantuni seramai 600 ‘rider’ e-hailing penghantar barang dan makanan dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi di Seksyen 13, Shah Alam, hari ini.

Aznil yang juga merupakan duta kepada produk terlaris itu meluahkan rasa gembira dan menyokong usaha murni serta keperihatinan jenama itu terhadap keselamatan dan kesihatan ‘rider’.

“Saya berharap program seperti ini dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk turut sama berkongsi kebaikan dan membantu memberikan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan.

“Sekaligus tanpa mengira apa juga bidang tugas dan kerjaya masing-masing,” kata Aznil.

Kegembiraan terserlah apabila dapat berkongsi rezeki bersama lebih ramai yang memerlukan di dalam program kerjasama Bingkisan Raya Rider 2023 antara Eskayvie dan Yayasan Eskayvie

Sementara itu, pengarah urusan Eskayvie iaitu Kartika Wati Mohamed berkata, usaha murni itu dilakukan kerana mahu memberi semula kepada masyrakat yang banyak membantu melariskan perniagaannya.

“Program Bingkisan Raya Rider 2023 ini adalah hasil kerjasama dengan Yayasan Eskayvie. Ia merupakan salah satu cara untuk kami menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan.

“Sabda Rasulullah SAW bahawa: Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain,” kata Kartika.

Kata Kartika Wati lagi, tugas ‘rider’ yang juga pekerja barisan hadapan menjalankan perkhidmatan penghantaran sebenarnya sangat mulia kerana membantu memudahkan urusan orang lain.

“Namun begitu, mereka juga sangat terdedah kepada pelbagai risiko seperti penyakit dan kemalangan. Oleh itu, Eskayvie ingin memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka agar dapat terus memberikan perkhidmatan dengan baik.

“Sebagai syarikat yang berpegang teguh kepada visi Memperkasakan Kesihatan Dan Ekonomi Ummah, Eskayvie sangat prihatin terhadap pentingnya kesihatan setiap individu dalam usaha menjana ekonomi keluarga. Jika badan sihat, pastinya tugas dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” ujarnya lagi.

Selain sumbangan berbentuk duit raya dan juadah raya dalam program berkenaan, pihak mereka turut menyediakan Eskayvie Afeeya Cafe untuk bekalan tenaga ‘rider’.

“Eskayvie Afeeya Cafe adalah sebagai ikhtiar untuk membantu mereka lebih bertenaga dan kekal fokus terutamanya ketika berada di jalanan,” kata Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri selaku formulator produk berkualiti Eskayvie.

Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, formulator produk berkualiti Eskayvie menyampaikan duit raya, juadah raya serta Eskayvie Afeeya Cafe kepada ‘rider’ yang telah berkumpul di ibu pejabat Eskayvie, Seksyen 13, Shah Alam

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan dan formulasi produk telah membantu usaha Dr Syid Ayob dalam menghasilkan produk berkualiti yang sesuai dengan keperluan pengguna.

“Diharapkan agar program dengan kerjasama Yayasan Eskayvie seperti ini dapat memberikan semangat kepada mereka yang sedang berjuang dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar masa kini.

“Semoga program sebegini dapat memberikan manfaat yang besar kepada ‘rider’ dan masyarakat yang memerlukan,” tuturnya.

Untuk sebarang maklumat lanjut layari www.eskayvie.com atau https://linktr.ee/EskayvieMalaysiaOfficial


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bukan biasa-biasa! PTTI kumpul selebriti popular untuk tayangan perdana Selekoh Akhir

PTTI sekali lagi mencipta penanda aras baharu dalam dunia pendidikan tanah air apabila menganjurkan tayangan perdana dokumentari eksklusif berjudul...

More Articles Like This