Polis kesan tiga lelaki bantu siasatan kes pukul

Dari Penulis

POLIS sedang mengesan tiga lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah restoran di Taman Permai Seremban seperti video yang tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata ketiga-tiga individu berkenaan dikenali sebagai V. Raja Kumar, 29, S. Agilan, 24, dan Suresthiran.

“Siasatan mendapati ketika kejadian pada dua hari lepas, mangsa seorang buruh berusia 16 tahun dikatakan sedang makan bersama rakannya di restoran berkenaan sebelum diserang oleh tiga lelaki yang dikenali.

“Mangsa turut ditarik sehingga ke luar restoran dan telah dipukul berkali-kali, tidak lama kemudian dia berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis pada 3.46 pagi. Motif pergaduhan disyaki kerana perselisihan faham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Polis buru lelaki dipercayai pukul, bakar anjing hidup-hidup

Nanda berkata sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Semalam, tular beberapa video berdurasi 10 hingga 23 saat memaparkan seorang lelaki dipukul tiga lelaki di restoran berkenaan sehingga mendatangkan kecederaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This