Polis buru lelaki cuba ragut warga Singapura dekat Batu Caves

Dari Penulis

POLIS memburu seorang penunggang motosikal selepas cuba meragut wanita warga Singapura di Taman Sri Batu Caves, Selangor, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, mangsa seorang wanita warga Singapura bersama suami sedang berjalan di Jalan SBC 1, Taman Sri Batu Caves.

“Tiba-tiba seorang lelaki bangsa tidak pasti menaiki motosikal Yamaha 135LC berwarna biru bertindak meragut rantai emas mangsa.

“Bagaimanapun, rantai mangsa kemudian terputus dan jatuh ke atas jalan raya sebelum suspek bertindak melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan ringan di lutut dan tangan kanan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 016-9527372.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This