LANGKAH kerajaan memberikan cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan bersifat populis sebaliknya mahu menceriakan rakyat menyambut lebaran.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia tidak mengganggu operasi sektor swasta kerana diberi pada hari Jumaat dan Isnin manakala Sabtu serta Ahad sememangnya cuti hujung minggu.
“Keterujaan dengan suasana raya dirasai oleh semua, malah sektor swasta pun memberi cuti yang sama (pada hari sama diumum kerajaan).
“Langkah kerajaan ini termasuk tol percuma selama empat hari adalah untuk membantu rakyat dan memberikan keceriaan ketika raya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Cawangan Utama Bank Simpanan Nasional (BSN) Sarawak di Satok, hari ini.
Baca artikel lain: Dua individu dipanggil berhubung kes rangka wanita ditemukan dalam bagasi
Pada lawatan itu, beliau turut menyerahkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada lima penerima bagi fasa kedua bantuan itu.
Mengenai pemerkasaan operasi BSN, Ahmad berkata, bank milik kerajaan itu sentiasa berusaha mencari kaedah untuk membantu semua rakyat mendapat akses kepada sistem perbankan.
“Ketika ini BSN sudah mempunyai seramai 2,556 ejen di seluruh negara dan mereka yang kebanyakannya pengusaha kedai runcit boleh memberikan kebenaran pengeluaran sebanyak RM500 dan menerima deposit sebanyak RM1,000 setiap hari,” katanya.
Beliau berkata, Sarawak kini mempunyai 224 ejen bank dan satu lagi akan dibuka di Nanga Merit, Kapit tahun ini untuk menjadikan keseluruhan kawasan pedalaman negeri ini mendapat kemudahan perbankan.
“Selain ejen bank, BSN juga menyediakan perkhidmatan bank bergerak dengan tiga unit kenderaan digunakan ketika ini.
“Bank bergerak ini menyediakan perkhidmatan di tujuh lokasi di pedalaman Sarawak iaitu di Sungai Asap (Belaga), Sebauh dan Tatau (Bintulu), Pakan (Sarikei), Kabong (Betong) serta Beluru dan Bekenu (Miri),” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

