Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah, Kelantan, Terengganu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BUAT julung kalinya, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Ia sekali gus bermakna Perdana Menteri tidak akan mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan memaklumkan Rumah Terbuka Malaysia Madani itu akan dianjurkannya melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) selaku penyelaras utama.

Katanya, program itu diadakan di Kedah pada 29 April, Kelantan (12 Mei) dan Terengganu pada 13 Mei.

Menurut JPM, pelaksanaan program adalah dengan kerjasama kerajaan negeri selaku tuan rumah selain kementerian peneraju turut dilantik bagi membantu pelaksanaan program.

“Program ini akan dihadiri Perdana Menteri sebagai tetamu jemputan utama bagi menyantuni pelbagai lapisan rakyat yang akan berkunjung ke majlis berkenaan.

“Menteri Besar atau Ketua Menteri juga akan dijemput selain ahli Jemaah Menteri Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kadar khas bayaran saman RM50 sehingga 21 Mei – PM

Mengulas lanjut, JPM berkata, program di Kedah akan diangkat sebagai program berstatus nasional dengan jumlah kehadiran pengunjung disasarkan seramai 25,000 orang.

Jabatan itu memberitahu, sasaran di negeri-negeri lain pula adalah seramai 15,000 orang di setiap lokasi.

Jelasnya, Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah akan diadakan di Hotel Raia, Alor Setar bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang dengan Kementerian Dalam Negeri sebagai kementerian peneraju.

“Program di Kelantan pula bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV bermula pukul 7 hingga 10.30 malam dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagai kementerian peneraju.

“Di Terengganu pula akan diadakan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) juga pada pukul 7 hingga 10.30 malam dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebagai kementerian peneraju.

“Terdapat tiga lagi rumah terbuka Aidilfitri yang akan dihadiri Perdana Menteri dan dilaksanakan kerajaan negeri masing-masing di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This