Isteri Haqiem Rusli tampil berselendang, padam semua gambar bertudung di Instagram. Netizen tanya imej baru ke?

Dari Penulis

ISTERI kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi topik perbualan warganet disebabkan imej baharunya pada sambutan hari raya pertama.

Malah, menerusi hantaran terbaharu di Instagram milik Sofea, dia memadam foto bersama Haqiem dan hanya meninggalkan foto dirinya yang tidak bertudung, bunga, dan foto raya yang hanya berselendang dan menampakkan rambutnya.

“SHR!!” tulisnya ringkas di kapsyen foto berkenaan.

Anis atau Wan Anis Sofea Wan Zamzuri,21, itu turut bertindak menutup ruangan komen. Bagaimaanpun, Anis dan Haqiem masing-masing masih lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Biarpun ramai yang mula membuat spekulasi liar, namun menerusi pemerhatian URTV di Instagram Story, Anis turut mengulang siar hantaran daripada salah seorang ahli keluarga mentuanya yang turut memperlihatkan Haqiem yang berdiri di sebelah Anis.

Ia sekaligus membuktikan jika mahligai pasangan muda ini berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Aik, Pea dah free hair ke?

“Moga Haqiem tabah naa dengan ujian-ujian yang melanda diberi kesabaran dan dimudahkan segalanya.

“Isteri kau kenapa bang? Depress ke?” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Haqiem dan Sofea berkahwin pada 19 November 2021 di Cyberjaya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This